Monday 26 December 2011

Saturday 24 December 2011

[PJK-GERIK] kem Blogging 24/12/11

Pagi ne, akak bangun dengan niat nak belajar  buat blog. Akak ne bukan setakat buta blog,  internit pun dok meraba-raba lagi. Apa pun  aku kena usah, manalah tau, kot  ada rezeki akak. Boleh tambah ilmu tambah pendapatan sekupang dua. Lega lah sikit ya.

Sampai  sini, daftar masuk dulu. Kemudian setelah semuanya berkumpul pembelajaran pun bermula. Akak mulalah nak gelabah, mana taknya perkataan yang di sebutkan oleh tenaga pengajar pun dah naik pening.kejap-kejap tanya maklumlah orang buta IT. Apa-apa pun aku suka jugak belajar blog ne, semangat nak cari ilmu dan kalau ada rezeki, macam akak katakan tadi tambah pendapatan.

Apa-apa pun  tengoklah telatah kami di bengkel ne...... berjaya kah kami. Insyaallah...Amin untuk hari ini.







Friday 23 December 2011

Keluarga ku

Saya Norazian Abdul Manas, anak ke tiga daripada tujuh adik beradik(3 leleki dan 4 perempuan). Daripada 7 orang adik-beradik, 5 sudah berkahwin dan 2 masih bujang.Saya sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak, satu lelaki dan 3 perempuan. Buat masa sekarang ibubapa saya mempunyai 16orang cucu.

 Saya bekerja sebagai seorang kerani di syarikat suwasta di kawasan Gerik jugalah.Sungguh pun sudah berkahwin saya masih tinggal bersama ibu dan bapa serta adik-adik. Jadi saya memikul tanggungjawab yang besar untuk membahagiakan keluarga saya. Suami saya Mohd Zulkifli Ahmad hanya peniaga kecil-kecilan di pasar malam dan pasar tani Gerik. Bolehlah menampung kami sekeluarga. Alhamdulill saya bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan kepada saya.

Musim sekolah adalah hari yang membahagiakan aku, waktu kami bersama keluarga tercinta.

donut


Bangun  pukul 6.00pagi. Selesai solat akak ke dapur. " Rasa nak makan donut" apa lagi akak start bancuh adunan donatlah. Uli sampai  aduan tadi sebati, kemudian doskan, akak tinggalkan selama 2 jam, supaya donat yang didoskan mengembang. Sementara menunggu dos tadi mengembang, akak siapkan kerja rumah. Biasalah seorang suri rumah mengemas dan membasuh sudah menjadi kebiasaan hidup ku.