Friday, 23 December 2011

donut


Bangun  pukul 6.00pagi. Selesai solat akak ke dapur. " Rasa nak makan donut" apa lagi akak start bancuh adunan donatlah. Uli sampai  aduan tadi sebati, kemudian doskan, akak tinggalkan selama 2 jam, supaya donat yang didoskan mengembang. Sementara menunggu dos tadi mengembang, akak siapkan kerja rumah. Biasalah seorang suri rumah mengemas dan membasuh sudah menjadi kebiasaan hidup ku.

   
Pukul 9.00 donut ku sudah boleh di goreng. akak panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Kemudia akak angkat dan toskan donut yang telah di masak sehingga sejuk.Kemudian akak blander gula hingga halus untuk di taburkan ke dalam donat yang di toskan tadi.Gaul gula dengan donut hingga rata.Siap dan hidangkan, sedap di makan bersama teh "o" panas.Anak- anak akak suka makan donut,hingga di gelar hantu donut.

2 comments:

Kirin Selama Perak said...

pasni boleh la saya merasa donut akak wat kan??kekekeke
:-p

yanz cahaya hiasan said...

boleh.... jemputlah dtang ke umah sy.